suria

United Mulakan Tahun Baru Dengan Cemerlang

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menyaksikan anak buahnya memulakan kempen pada tahun baru dengan cemerlang selepas menundukkan Stoke 2-1 di Old Trafford, semalam.

Dean Whitehead berjaya mengikat kedudukan selepas Javier Hernadez membuka jaringan awal pada minit ke-27 tetapi Nani bangkit mencuri tiga mata penuh untuk United.

Ferguson yang berusia 69 tahun minggu lalu berkata sejarah membuktikan anak buahnya berhak menjadi pasukan untuk mempertahankan rekod kejuaraan EPL buat kali ke-19 dan menyifatkan perlawanan akan datang menjadi lebih sengit.

"Kami amat berbangga dengan kemenangan ini. Saya percaya kami akan meneruskan momentum cemerlang ini. Sebaik saja anda berada di depan pada tahun baru, anda menjadi lebih berwaspada untuk mengharungi perlawanan sehingga hujung musim," katanya.

Menurut pengurus kelahiran Scotland itu, Januari akan menjadi bulan terpenting untuk United di mana mereka akan bertemu Liverpool dalam Piala FA dan Tottenham Hotspur minggu depan.

Red Devils tetap mempamerkan aksi mantap tanpa kelibat Edwin van der Sar, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand.

Hanya West Bromwich Albion yang berjaya mengikat kedudukan dengan United di Old Trafford pada Oktober lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain