LTdL 2011: Pasukan DPC Tagih Kayuhan Adiq - Sukan | mStar

LTdL 2011: Pasukan DPC Tagih Kayuhan Adiq

KUALA LUMPUR: Pasukan benua Australia, Drapac Professional Cycling (DPC) mengesahkan penyertaan pada Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL) dengan terus menagih kudrat pelumba meningkat naik Malaysia, Muhamad Adiq Hussainie Othman bagi memburu kejayaan pada kejohanan edisi ke-16 bermula di Pulau Langkawi 23 Januari ini.

Ini merupakan penampilan kedua Muhamad Adiq Hussainie bersama DPC yang sebelum ini beraksi dengan nama Drapac Porsche pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh menjelaskan dia beberapa kali berhubung dengan Muhamad Adiq Hussainie menerusi laman sosial Facebook untuk mendengar pandangan pelumba itu apabila terpilih kali kedua menyarung jersi Drapac Professional Cycling bagi musim kedua.

“Adiq jelas teruja kembali berkayuh tahun ini. Pada perlumbaan tahun lalu Adiq muncul pelumba terbaik Malaysia keseluruhan pada penampilan sulung. Tahun ini, Adiq mahukan pencapaian lebih baik.

“Malah, Adiq juga beritahu saya dia lebih bersedia mendaki Cameron Highlands dan Genting Highlands biarpun perlumbaan peringkat ke-4 dan ke-5 akan diadakan dua hari berturut-turut. Saya kagum dengan sikap positif Adiq,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Pasukan DPC sememangnya terkenal dengan pencapaian cemerlang tahun lalu dengan menguasai perlumbaan LTdL 2010, Piala Jepun, Jelajah Okinawa, Melbourne-Warnabool dan Jelajah Bright sepanjang musim lalu, bakal mengharungi LTdL 2011 tanpa jaguhnya, Peter McDonald yang menduduki keempat keseluruhan LTdL 2010.

Tahun ini pasukan DPC yang dibimbing pengurus Agostino Giramondo menyenaraikan David Pell, Rhys Pollock, Stuart Shaw, Tom Palmer dan dua pelumba bukan Australia, Floris Goesinnen dari Belanda dan Muhamad Adiq Hussainie.

Daripada enam pelumba ini, hanya Palmer dan Goesinnen akan membuat kemunculan sulung mereka di LTdL tetapi Pell, Pollock, Shaw dan Muhammad Adiq Hussainie akan terus mengibar cabaran dengan sasaran untuk menguasai saingan di laluan landai.

Sementara itu Giramondo percaya Goesinnen bakal cemerlang pada peringkat pendakian Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Ini berdasarkan pengalaman dikutipnya sejak menganggotai pasukan Skil-Shimano di Eropah termasuk ketika berkayuh di Tour of Flanders dan pernah muncul pelumba terbaik Belanda pada perlumbaan klasik Paris-Roubaix 2007.

"Keistimewaan Floris ialah dia bijak melakukan breakaway sejak awal perlumbaan," katanya.

Kejohanan LTdL 2011 yang menawarkan hadiah RM1 juta adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Perlumbaan tahun ini kembali dimulakan di Langkawi bermula pada 23 Januari ini dan berakhir 1 Februari ini di Dataran Merdeka membabitkan perlumbaan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1,315.4 kilometer.

Senarai Drapac Professional Cycling: Pengurus: Agostino Giramondo Pelumba: David Pell, Rhys Pollock, Stuart Shaw, Tom Palmer (semua Australia); Floris Goesinnen (Belanda) dan Muhamad Adiq Husainnie Othman (Malaysia).

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Mesyuarat Tergempar Makaf Malam Ini

Artikel Berkaitan

default image

Mahu Angkat Kaki, Hafiz Minta Restu BAM

default image

Suhardi Bakal Ketuai Pasukan Malaysia

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain