suria

Chelsea, Villa Sekadar Seri 3-3

Heskey (kiri) menjaringkan gol ke atas Chelsea pada babak kedua.
Heskey (kiri) menjaringkan gol ke atas Chelsea pada babak kedua.
Heskey (kiri) menjaringkan gol ke atas Chelsea pada babak kedua.

LONDON: Harapan Chelsea untuk mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi musim lalu tampak samar apabila sekadar terikat 3-3 dengan Aston Villa di Stamford Bridge pada Ahad.

Anak buah Carlo Ancelotti itu semakin hampir untuk memenangi perlawanan menerusi jaringan lewat Didier Drogba dan John Terry tetapi Ciaran Clark menyamakan kedudukan pada saat akhir.

The Blues hanya menang sekali dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Manchester United yang masih mempunyai baki satu perlawanan dalam tangan.

Frank Lampard meletakkan Chelsea di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23 tetapi Ashley Young berjaya menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat babak pertama.

Villa mendahului di babak kedua apabila Emile Heskey menanduk masuk hantaran Stewart Downing pada minit ke-47.

Penyerang Ivory Coast, Drogba mengikat kedudukan pada minit ke-84 dan Chelsea hampir berjaya mengutip tiga mata penuh menerusi hasil jaringan Terry lima minit kemudian.

Namun, benteng pertahanan Chelsea mudah alpa dan Clark mengutip satu mata untuk Villa apabila menanduk masuk bola ke gawang tuan rumah pada saat akhir.

Artikel Lain