suria

Nadal Pertahan Kejuaraan

Nadal (kanan) dan Federer menunjukkan trofi masing-masing yang dimenangi pada Kejuaraan Tenis Mubadala Dunia di Abu Dhabi.

RAFAEL Nadal mempertahankan trofi Kejuaraan Tenis Mubadala Dunia di Abu Dhabi selepas membenam Roger Federer 7-6 (4) 7-6 (3) di final.

Federer mendahului dengan 3-0 pada mata penentuan pertama tetapi kemudian melakukan beberapa kesilapan dan membenarkan Nadal membawa pulang wang tunai bernilai $250,000 (RM771,125) dengan memenangi mata penentuan kedua.

Namun kedua-dua pemain cemerlang melakukan pukulan servis pada perlawanan itu.

Tempat ketiga berpihak kepada Robin Soderling dari Sweden selepas menundukkan pemain Republik Czech, Tomas Berdych dengan straight set 6-4, 7-6 (3).

"Bagi kami berdua, ia adalah perlawanan pertama untuk musim ini. Jadi ia amat bermakna kerana memulakan kempen di Abu Dhabi," kata Nadal.

Menurut Federer, sebaik saja kempen musim ini bermula dia tidak pernah terfikir untuk mempertahankan pungutan mata.

"Saya tidak pernah gagal melakukan pukulan servis tetapi tewas. Ia amat mencabar. Pada kali ini, Nadal bermain lebih baik berbanding saya," jelasnya.

Nadal dan Federer kini berlepas ke Doha untuk berentap pada Terbuka Qatar, kejohanan ATP pertama musim ini yang akan bermula Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Lain