KBS Tumpu Latihan Khas Pasukan Bola Malaysia - Sukan | mStar

KBS Tumpu Latihan Khas Pasukan Bola Malaysia

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan tumpuan kepada latihan khas skuad bola sepak negara pada tahun ini dalam usaha untuk memastikan pasukan itu mampu beraksi dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata fokus KBS pada masa kini adalah peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik dan akan menyenaraikan sukan itu dalam program Road to London 2012 berdasarkan kejayaan skuad bola sepak negara merangkul kejuaran Piala Suzuki AFF di Jakarta, Selasa lepas.

"Kita akan sediakan bajet khas untuk memastikan mereka mendapat latihan intensif dan bukan hanya latihan di dalam negara semata-mata.

"Kalau boleh kita mahukan mereka mendapat pendedahan secukupnya sebelum menghadapi pusingan kelayakan itu," katanya ketika ditemui selepas menyertai "DASC Friendship Golf Tour" di Awana Kijal di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang jumlah peruntukan dan negara yang dicadangkan untuk pasukan bola sepak negara menjalani latihan, Ahmad Shabery berkata ia akan dibincangkan dengan jawatankuasa teknikal.

"Kita akan bincangkan perkara ini dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam tempoh terdekat.

"Selepas itu saya akan bentangkan hasil perbincangan itu ke mesyuarat Kabinet pertama pada 5 Jan ini untuk diputuskan," katanya.

Sementara itu, 32 pasukan dengan lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran Persatuan Golf Kemaman, yang diadakan bagi mengutip dana bagi pembangunan golf remaja daerah itu.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain