suria

Redknapp Minat Bawa Masuk Beckham

Beckham menjadi buruan utama Redknapp untuk memperkuat Spurs.
Beckham menjadi buruan utama Redknapp untuk memperkuat Spurs.
Beckham menjadi buruan utama Redknapp untuk memperkuat Spurs.

DAVID Beckham mungkin kembali mengejut ke England selepas Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mengesahkan dia cuba membawa masuk pemain tengah itu secara pinjaman.

Redknapp mendedahkan dia akan bertemu pengerusi Daniel Levy untuk memujuk Los Angeles Galaxy membenarkan pemain berusia 35 tahun itu menyertai Spurs sehingga musim bola sepak Major League bermula Mac ini.

"Segalanya bergantung sama ada Galaxy membenarkan Beckham menyertai Spurs secara pinjaman. Jika tidak kami akan beralih kepada pemain lain," kata Redknapp.

Menurut Redknapp, Beckham merupakan pemain berbakat dan disegani di seluruh dunia.

"Dia belum menemui sentuhan berbisa ketika berusia 17 tahun. Namun dia sentiasa berusaha keras untuk berada di tahap sekarang," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain