suria

Hodgson Mohon Maaf Kepada Peminat

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson (gambar) meminta maaf kepada peminat di atas kritikan yang dilontarkan sepanjang dia berada di Anfield selepas anak buahnya tewas 0-1 kepada Wolves pada Rabu.

Sekumpulan penyokong The Reds mengejek Hodgson berikutan kekalahan kelapan mereka dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Saya amat kecewa jika saya ada menyinggung perasaan peminat dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya tidak berniat sebegitu dan bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Liverpool," katanya.

Kekalahan ke atas Wolves meletakkan Liverpool di kedudukan ke-12 dalam carta EPL ketika memasuki tahun baru 2011.

Sementara itu, jeritan peminat jelas kedengaran mahu Kenny Dalglish kembali memulihkan nasib The Reds.

"Saya berharap peminat akan memberi sokongan padu kerana kami amat memerlukannya. Kami tidak sengaja tewas dalam mana-mana perlawanan," jelas pengurus berusia 63 tahun itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain