suria

Argentina, Korea Dan Qatar Tawar Jadi Tuan Rumah IODA 2012

LANGKAWI: Penganjuran Kejohanan Layar International Optimist Dinghy Associaton (IODA) Dunia tahun depan bakal menjadi rebutan tiga negara iaitu Argentina, Korea dan Qatar.

Pengurus Besar Persatuan pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata ketiga-tiga negara itu telah menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah, dan keputusan akan dibuat pada mesyuarat tahunan IODA di sini pada Selasa ini.

"Negara-negara yang menawar diri akan membuat persembahan untuk menyakinkan jawatankuasa pemilihan," katanya kepada Bernama, di sini, Sabtu.

Beliau yang juga pengurus pasukan Malaysia ke IODA 2010 yang sedang berlangsung di sini, berkata kejohanan IODA 2011 dianjurkan New Zealand.

Kejohanan 2010 yang berlangsung sehingga 8 Januari ini disertai 232 pelayar dari 55 negara seperti Brazil, Peru, Itali, Turki, United Kingdom, Jerman, Finland, Norway, Australia, New Zealand, Hong Kong, Thailand dan Singapura. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain