suria

Sambutan 2011 Bersama Skuad Bola Sepak Negara

Pasukan negara diberikan sambutan meriah oleh peminat skuad bola sepak selepas berjaya menewaskan Indonesia dengan agregat 4 -2 sekaligus merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF buat kali pertama di Stadium Gelora Bung Karno semalam. Foto THE STAR Oleh: AZHAR MAHFOF.

SEPANG: Peminat bola sepak Malaysia berpeluang bertemu pasukan juara Piala Suzki AFF di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang tahun baru 2011.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama skuad kebangsaan negara, petang Khamis.

"Dengan kesempatan ini, saya menyeru agar seluruh pencinta bola sepak negara keluar beramai-ramai dengan memakai jersi Malaysia untuk meraikan kejayaan pasukan negara bersempena dengan sambutan tahun baru di Dataran Merdeka," katanya.

Menurut Shabery, sambutan ambang tahun baru kali ini lebih berbeza memandangkan Malaysia baru saja menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara.

"Ini merupakan detik paling gemilang dalam sejarah negara. Kejayaan itu merupakan hadiah tahun baru paling bererti untuk semua rakyat Malaysia. Ayuh kita sama-sama banjiri Dataran Merdeka malam esok," ujarnya.

Satu aturcara akan diadakan khas untuk meraikan kepulangan pemain kebangsaan yang berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam esok. Orang ramai turut berpeluang mengira detik countdown tahun baru bersama mereka.

Pada Rabu, ribuan penyokong yang lengkap menyarung jersi Malaysia membanjiri balai ketibaan KLIA untuk menyambut kepulangan hero-hero negara itu. Kepulangan mereka disambut meriah diiringi dengan laungan 'Malaysia Boleh'.

Artikel Lain