suria

Ferguson Kecewa Dengan Pengadil

PENGURUS pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson kecewa dengan tindakan pengadil, Lee Mason yang gagal mengawal kontroversi pemain tengah Birmingham, Lee Bowler yang menyebabkan mereka terikat seri 1-1 pada perlawnan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di St Andrew, awal pagi Rabu.

Ferguson meradang selepas merasakan pemain gantian Blues, Nikola Zigic melakukan kesalahan apabila menggunakan lengan untuk mengendalikan bola seterusnya membuat hantaran ke Bowyer.

“Kesalahan itu itu berlaku apabila Zigic mula mendapatkan bola. Jika kamu gagal mebuat keputusan dalam situasi itu, apa peluang yang kamu dapat?

“Ia amat memalukan bermain dalam keadaan seperti itu kerana berdasarkan persembahan separuh masa kedua, kami layak meraih tiga mata penuh.

“Separuh masa pertama corak permainan adalah biasa, tetapi kami bermain baik selepas itu. Ada peluang di depan gol, kami sepatutnya menghentikan rentak mereka. Kami hanya perlu sedikit ketelitian, namun saya tidak faham kenapa mereka boleh menjaringkan gol,” katanya.

Artikel Berikut

2010 Tahun Cemerlang Khairul Fahmi

Artikel Lain