suria

West Ham Bangkit Tewaskan Fulham

LONDON: Carlton Cole menjaringkan gol pada babak pertama dan kedua untuk membantu West Ham menundukkan Fulham 3-1 di Craven Cottage pada Ahad.

Kemenangan itu meniup harapan West Ham untuk mengutip mata bagi mengelakkan terus menduduki zon penyingkiran daripada saingan Liga Perdana Inggeris.

Aaron Hughes meletakkan Fulham di depan pada minit ke-11 tetapi pasukan itu tampak gugup pada lapan minit terakhir babak pertama.

Kecuaian benteng pertahanan Fulham membuka ruang buat Cole dan rakannya, Frederic Piquionne untuk menjaringkan gol buat pasukan lawan.

Cole melengkapkan gol ketiga pada minit ke-73 untuk memberi mata kemenangan berharga buat West Ham. Ia adalah kemenangan ketiga mereka pada musim ini.

West Ham menduduki tangga ke-18 manakala Fulham di tempat ke-17 masing-masing berkongsi 16 mata.

Artikel Sebelum

West Ham Bangkit Tewaskan Fulham

Artikel Berikut

Artikel Lain