suria

Pintu Masuk Berasingan Untuk Penyokong Malaysia, Indonesia

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan pintu masuk dan tempat parkir berasingan untuk penyokong Malaysia dan Indonesia datang menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad.

Penyokong Malaysia perlu menggunakan pintu masuk berwarna kuning, merah dan hijau ke stadium manakala penyokong Indonesia dikhaskan pintu biru dan ungu.

Tempat letak kenderaan A, B dan C pula adalah bagi penyokong Malaysia dan kawasan D serta E untuk penyokong Indonesia.

Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi ketetapan itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham Bangkit Tewaskan Fulham

Artikel Berikut

Artikel Lain