suria

Siaran Langsung Piala Suzuki AFF Di Dataran Putrajaya

PUTRAJAYA: Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF menerusi Skrin LED Gergasi antara Malaysia dan Indonesia pada Ahad ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman berkata perlawanan itu boleh disaksikan bermula 8 malam.

"Pemasangan skrin LED gergasi ini memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sewaktu berlangsungnya perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini," katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan akhir kedua bagi merebut Piala Suzuki AFF, yang akan berlangsung di Jakarta pada 29 Dis, akan turut disiarkan menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya mulai 8 malam.

"Memandangkan inilah kali pertama pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain