suria

Federer Tewaskan Nadal Pada Perlawanan Amal

Federer (kiri) bersama Nadal selepas perlawanan amal di Zurich, Rabu.
Federer (kiri) bersama Nadal selepas perlawanan amal di Zurich, Rabu.
Federer (kiri) bersama Nadal selepas perlawanan amal di Zurich, Rabu.

ROGER Federar bangkit menewaskan Rafael Nadal 4-6 6-3 6-3 pada perlawanan pertunjukkan amal yang berlangsung di Zurich, Switzerland, Rabu.

Federer menumpaskan pemain nombor satu dunia itu walaupun dia tewas pada pusingan kedua, namun mempamerkan permainan menarik pada pusingan ketiga dan final sekali gus meraih gelaran pertama dalam dua perlawanan persahabatan menentang Nadal.

Perlawanan kedua ini pula bakal berlangsung di Madrid tidak lama lagi.

Sementara itu, perlawanan di Zurich ini juga turut menyaksikan juara Formula Satu dunia, Sebastian Vettel serta juara ski dunia, Lindsey Vonn dan Didier Cuche yang turut membantu menyumbangkan dalam pertunjukkan amal ini bagi menyokong projek pelajaran dan sukan untuk kanak-kanak di Afrika.

“Kami berdua sedar dengan keadaan kami yang ada kelebihan, mempunyai semua benda dalam hidup. Apa yang kami lakukan ini adalah untuk menolong orang yang berada dalam kesusahan.

“Kamu perlu tengok untuk jangka masa panjang. Apabila kamu menolong 1,500 kanak-kanak untuk ke sekolah, ia sesuatu yang menakjubkan tetapi kamu perlu mengambil kira banyak perkara seperti, bagaimana mereka ke sekolah, apa yang mereka makan dan lain-lain lagi. Inilah yang menyebabkan kami berada di sini,” kata Nadal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain