suria

Kakuta Ikat Kontrak Bersama The Blues

PEMAIN remaja Perancis, Gael Kakutu disahkan menandatangani kontrak bersama Chelsea selama empat tahun setengah.

Gael,19, yang mempamerkan aksi pertamanya pada November 2009 selepas tiba di Stamford Bridge pada Julai 2007, amat teruja dengan tawaran baru yang dibuat oleh pengurus kelab itu, Carlo Ancelotti.

Pemain sayap ini telah menunjukkan komitmen tinggi selepas lima kali membuat penampilan bersama The Blues musim ini.

“Saya bersama Chelsea sejak berumur 16 tahun, dan kini merupakan menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dan saya akan pastikan akan berada dalam senarai kebelasan utama.

“Saya akan cuba untuk ke arah itu. Pengurus telah memberitahu saya bahawa inilah masa yang tepat untuk bermain.

"Dengan itu berazam untuk aksi terbaik untuk diserapkan ke dalam pasukan dan akan cuba bermain sekerap mungkin,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain