Terengganu Kini Miliki Pasukan Basikal Profesional - Sukan | mStar

Terengganu Kini Miliki Pasukan Basikal Profesional

KUALA TERENGGANU: Terenggganu kini memiliki pasukan basikal profesional "Terengganu Pro-Asia Cycling Team" (TCT) yang mempunyai sembilan pelumba tempatan dan tiga pelumba import.

Penubuhan TCT dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Isnin.

Pelumba import terdiri daripada Shinichi Fukushima, Motoi Nara daripada Jepun dan Phuchong Udomsin dari Thailand bersama pelumba tempatan Anuar Manan, Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usoff, Mohammad Saufi Mat Senan, Mohamad Fais Sharifuddin Abd Kadir, Mohd Shobry Abdullah, Mohd Nor Umardi Rosdi dan Nur Amiraul Fakhruddin Mazuki.

Fukushima juga akan bertindak sebagai jurulatih dengan dibantu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan.

Ahmad berkata kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta bagi penubuhan pasukan tersebut.

"Saya yakin pasukan TCT yang dianggotai pelumba-pelumba berkaliber ini mampu memertabatkan nama Terengganu dalam sukan lumba basikal hingga ke peringkat dunia," katanya.

Beliau berkata sasaran pertama TCT ialah untuk menyertai kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang dijadual diadakan Januari tahun depan.

"Kita harap Anuar Manan akan dapat mempertahankan jersi hijau yang dimenanginya tahun ini pada tahun depan," katanya.

Ahmad berkata setakat ini pasukan TCT telah memilih Kuala Terengganu, Kuala Lumpur dan Thailand sebagai gelanggang latihan yang bermula minggu depan hingga penghujung bulan ini di Thailand bagi menghadapi ujian pertama LTdL.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tevez Tarik Balik Keputusan Tinggalkan City

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain