suria

Skil-Shimano Sasar Tawan LTDL Hasil Gandingan Pelumba Empat Negara

KUALA LUMPUR: Pasukan Skil-Shimano yang membariskan pelumba dari Belanda, Jepun, Australia dan Jerman dijangka menyerlah pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dari 23 Januari hingga 1 Februari tahun depan.

Antara pelumba ternamanya ialah jaguh mendaki dari Jepun, Yukihiro Doi, yang pernah menduduki tempat 10 teratas dalam LTdL 2007.

"Kami juga akan menurunkan juara pecut Kenny van Hummel yang menyertai Tour de France tahun lepas," kata pengurus pasukan itu Iwan Spekenbrink dalam satu kenyataan, Selasa.

Selain Van Hummel dan Doi, pasukan Skil-Shimano akan diwakili Koen De Kort dan Albert Timmer dari Belanda, Mitchell Docker dari Australia dan Martin Reimer dari Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Mohamed Salleh, berkata penyertaan pasukan Skil-Shimano dijangka menarik perhatian media khususnya dari empat negara berkenaan.

LTdL 2011, yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia, meliputi jarak 1,315.4 km. - BERNAMA

Artikel Lain