suria

Piala Suzuki AFF: Syafiq Harap Julang Trofi

Shafiq (nombor 8) bersama rakan sepasukan menjulang jurulatih mereka, K.Rajagobal selepas layak ke final Piala Suzuki AFF.
Shafiq (nombor 8) bersama rakan sepasukan menjulang jurulatih mereka, K.Rajagobal selepas layak ke final Piala Suzuki AFF.
Shafiq (nombor 8) bersama rakan sepasukan menjulang jurulatih mereka, K.Rajagobal selepas layak ke final Piala Suzuki AFF.

KUALA LUMPUR: Kapten pasukan bola sepak negara, Shafiq Rahim gembira dan teruja dengan prestasi pasukannya apabila berjaya mara ke final Piala Suzuki AFF 2010 menentang Indonesia pada 26 Disember ini (pusingan pertama) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kredibiliti Syafiq sebagai ketua pasukan tidak perlu dipertikaikan lagi, dan sepanjang kejohanan ini berlangsung dia antara orang yang turut membantu Malaysia hingga layak ke pusingan ini.

Dengan semangat juang yang tinggi yang ada dalam dirinya turut memberi impak besar kepada pemain-pemain lain sekali gus menyaksikan skuad bimbingan K.Rajagobal ini menyinggirkan juara bertahan, Vietnam pada perlawanan separuh akhir baru-baru ini.

“Kami bermain sebagai satu pasukan. Hasil usaha keras semua pemain dan degan keyakinan yang ada membuatkan kami layak beraksi pada saingan akhir. Walaupun sebelum ini kami hanya meletakkan sasaran sekurang-kurangnnya mara ke separuh akhir, tetapi kami semua telah buktikan lebih daripada itu,” katanya.

Shafiq,23, berkata, peluang yang ada ini amat bermakna dan inilah masanya untuk pasukan negara mencipta sejarah menjuarai kejohanan buat kali pertama.

“Kami tidak mahu menoleh ke belakang lagi, alang-alang masuk final, biarlah kami julang piala ini. Untuk itu, Kami perlu mengekalkan prestasi dan memberi fokus menjelang dua perlawanan nanti. Dalam masa yang ada ini, kami akan cuba membaiki kelemahan-kelamahan yang berlaku pada perlawanan sebelum ini.

“Walaupun kami berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Sea di Laos tahun lalu, tetapi ia tidak sama dengan perlawanan ini. Banyak kejutan telah berlaku dan paling tidak boleh dilupakan apabila kalah 1-5 kepada Indonesia pada peringkat kumpulan.

“Selepas kekalahan tersebut kami duduk berbincang bersama-sama dan masing-masing telah menanamkan azam untuk menebus kembali kesilapan tersebut dengan menewaskan Indonesia di saingan akhir,” kata pemain tengah Selangor ini.

Sementara itu, pusingan kedua perlawanan akhir akan berlangsung di Jakarta pada 29 Disember ini.

Artikel Lain