PASUKAN Everton melenyap impian Manchester City untuk berada di kemuncak liga apabila memang 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi, Selasa, di Stadium City of Manchester.Gol awal pasukan Everton hadir seawal minit keempat yang dijaringkan Tim Cahill, diikuti gol kedua Leighton Baines (m-19) mengukuhkan kedudukan untuk meraih tiga mata penuh. Kegembiraan mendahului dua gol tidak berpanjangan apabila penyerang Everton, Victor Anichebe diarah keluar padang pada minit ke-60 selepas menerima kad kuning kedua selepas menjatuhkan Pablo Zabelata.Dengan 10 pemain, rentak permainan anak buah David Moyes sedikit tergugat selepas pemainnya Phil Jagielka menjaringkan gol sendiri sekali gus kedudukan berubah 2-1.Kekalahan ini turut mencatatkan rekod Manchester City mengalami empat kali kekalahan di tempat sendiri walaupun pada perlawanan ini skuad kendalian Roberto Mancini telah melepaskan lebih kurang 25 peluang di depan gawang Everton.EVERTON: Howard, Neville, Jagielka, Distin, Baines, Coleman, Rodwell, Fellaini, Osman, Cahill, Anichebe (Pemain simpanan): Mucha, Hibbert, Bilyaletdinov, Saha, Beckford, Gueye, Yakubu1MAN CITY : Hart, Zabaleta, Toure, Kompany, Kolarov, Milner, Toure Yaya, Barry, Silva, Tevez, Balotelli (Pemain simpanan): Given, Richards, Wright-Phillips, Adam Johnson, Boateng, Vieira, Jo