Beckam Belum Ingin Bersara - Sukan | mStar

Beckam Belum Ingin Bersara

DAVID Beckam menegaskan masih banyak lagi impian yang ingin dicapai dan anugerah yang diterima daripada BBC pada awal pagi Isnin bukanlah pengakhiran kariernya dalam bola sepak.

Beckam menerima penghargaan sebagai Personaliti Sukan Tahun 2010 yang disampaikan oleh Sir Bobby Carlton.

“Saya dengan rendah diri menerima anugerah ini untuk sesuatu yang memang saya minat untuk meneruskannya. Saya sangat bertuah kerana sebelum ini dapat menyertai pasukan-pasukan hebat seperti Manchester United,Preston, Real Madrid, AC Milan dan Los Angelas Galaxy dan sudah tentu bermain untuk England,” katanya.

Sementara itu Beckam juga turut meluahkan rasa hormatnya kepada bekas bosnya, Sir Alex Ferguson.

“Dia adalah pengurus yang terbaik dalam bola sepak dan saya menganggapnya sebagai bapa sendiri,” katanya.

Selain iaitu Beckam berkata, anugerah ini juga ditujukan kepada askar-askar British yang berada di Afganistan, Kem Bastion yang turut dilawatinya May lalu.

Pada umur 35 tahun, dia masih berminat untuk menyambung khidmatnya sehingga ke peringkat tertinggi. Dia juga merupakan orang penting dalam membantu England membida Piala Dunia 2018 .

Beckam juga berkata, dia sangat berbangga dengan keadaannya sekarang dalam membantu negara untuk mencapai sesuatu.

“Minat saya hanyalah bola sepak, namun saya gembira kerana turut terlibat dalam perkara lain. Jadi anugerah ini merupakan satu kejayaan besar dalam karier saya. Walaupun sudah berumur 35 tahun, karier saya belum tamat lagi. Semua orang tahu kegilaan saya bermain bola sepak dan saya percaya saya mampu pergi lebih jauh.

“Setakat ini belum ada minat untuk berhenti bermain bola,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Ferguson Kecewa Dengan Pengadil

default image

Musim Terakhir Van der Sar Bersama United

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain