suria

Larian Malakoff KL Penutup Kalendar 2010

Peserta-peserta memulakan larian seawal 6.30 pagi di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort,Ahad.
Peserta-peserta memulakan larian seawal 6.30 pagi di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort,Ahad.
Peserta-peserta memulakan larian seawal 6.30 pagi di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort,Ahad.

KUALA LUMPUR: Seramai 2,820 peserta berjaya dikumpulkan pada Larian Malakoff Kuala Lumpur 2010 yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Ahad.

Larian sejauh 12 kilometer dan 7 km ini bertemakan Run For Health & Fun ini sekali gus menjadikan aktiviti terakhir dalam kalendar Malakoff Corporation Berhad yang disertai bukan sahaja peserta-peserta tempatan malah turut menerima penyertaan dari Jepun, Jerman, Rusia dan sebagainya.

Ketua Perhubungan Korporat dan Komunikasi Malakoff, Yusop Rashid berkata, larian tahunan ini diadakan bagi memupuk keprihatinan dalam komuniti yang sihat di samping berkumpul bersama dalam satu masa tanpa mengira status atau bangsa.

“Paling penting program yang kami anjurkan ini terbuka untuk semua dan ia tidaklah sukar seperti program lain kerana ia lebih kepada aktiviti santai,” katanya.

Sementara itu, pemenang bagi setiap kategori turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 (juara), RM800 (naib juara), RM 600 (ketiga), RM 400 (ke-4) dan RM200 (kelima), manakala trofi turut diberikan kepada lima pemenang setiap kategori dan peserta yang berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan turut menerima medal.

Manakala lima pemenang bagi kategori 7km turut menerima baucer daripada pihak tajaan,

Pemenang bagi kategori 12km

Terbuka lelaki:

1.YIP WENG TAK (Mas) 2.WONG JIUNN JYE (Mas) 3.SHAHROM ABDULLAH (Mas) 4.SAMUEL TARUS (Kenya) 5.CASEY (Ma)

Veteran lelaki

1.ROSEBROCK, STEPHAN J (Jerman) 2.SHIRO MIZUKAI (Jepun) 3.BONG TECK YONG (Mas) 4.NG SAY HEONG (Mas) 5.ONG CHIN (Mas)

Terbuka wanita:

1.SONOKO FUKUMOTO (Jepun) 2.JESSICA TANG MEI LEE (Mas) 3.IRINA SHEVCHENKO(Rusia) 4.CHEAH MEEI MEEI (Mas) 5.NOOR AMELIA MUSA (Mas)

Veteran wanita:

1. AKEMI HOSHI-MAIKRANZ (Jerman) 2. ONG SIOK BEE (Mas) 3.LIM LEE CHING(Mas) 4.ANNIE LEE KHUM CHIEW (Mas) 5.TAN LEE CHIN (Mas)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Daniel Bego Rangkul Dua Emas

Artikel Lain