suria

Perlawanan Liga Perdana Inggeris Ditunda Kerana Salji Tebal

ENAM perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa ditunda akibat sajli tebal di Chelsea, Liverpool, Arsenal, Wigan dan Birmingham.

Ini bermakna hanya satu perlawanan yang berlangsung, Sabtu dengan menyaksikan Sunderland menang ke atas Bolton Wanderers 1 - 0.

Pasukan Arsenal yang bakal bertemu Stoke City ditunda kerana keadaan padang yang teruk, manakala Birmingham yang bertemu Newcastle juga ditunda beberapa minit sebelum perlawanan.

Pasukan Wigan yang menerima kunjungan Aston Villa turut ditunda, diikuti pasukan Liverpool yang dijangka menentang Fulham di Anfiel.

Sementara itu, jangkaan perlawanan aksi menarik antara Chelsea dan Manchester United pada Ahad juga ditunda berdasarkan keadaan salji yang tebal.

Turut ditunda adalah perlawanan antara Blackpool dan Tottenham.

Perlawanan yang ditunda:

Liverpool - Fulham

Wigan - Aston Villa

Arsenal - Stoke

Birmingham - Newcastle

Chelsea - Manchester United

Blackpool - Tottenham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain