suria

Thailand Sapu Bersih Tiga Kejuaraan Tenis Remaja Geopark

LANGKAWI: Thailand menyapu bersih tiga kejuaraan pada hari terakhir Kejohanan Tenis Geopark Remaja Antarabangsa Langkawi di Kompleks Sukan Langkawi di sini Selasa.

Suetrong Thanthita mengenepi pemain Uzbekistan, Bakhtiyarova Sofiya 6-7, 6-1, 6-1 untuk mengungguli persaorangan wanita bawah 14 tahun.

Pakaro Wijitbanjong turut menyerlah untuk menjuarai perseorangan wanita bawah 12 tahun dengan mengalahkan Bark Sangbong dari Korea dengan 3-6, 6-3, 6-2.

Pemain harapan Thailand, Khunjan Nawakarn meraih kejuaraan persaorangan lelaki bawah 12 tahun setelah mengalahkan rakan sepasukan Pawat Sornlaksup 6-1, 6-1.

Semalam, Malaysia meraih dua kejuaraan menerusi Syed Agil Syed Naguib dan Nur Eliza Khairul yang masing-amasing mengungguli kejuaraan pada pertandingan akhir perseorangan bawah 16 tahun lelaki dan wanita.

Sementara itu semua perlawanan bergu dibatalkan ekoran cuaca yang tidak mengizinkan.

Lebih 200 pemain dari Rusia, Korea Selatan, Afrika Selatan, Sri Lanka, Singapura , Thailand, Filipina , Kazakhstan, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgzistan, Uzbekistan dan Malaysia menyertai kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Tenis Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Persatuan Lawn Tenis Kedah.

Keputusan penuh: Perseorangan wanita bawah 14 tahun:

Suetrong Thanthita (Thailand) mn Bakhtiyarova Sofiya (Uzbekistan) 6-7, 6-1, 6-1.

Perseorangan wanita bawah 12 tahun:

Pakaro Wijitbanjong (Thailand) mn Bark Sangbong (Korea) 3-6, 6-3, 6-2.

Perseorangan lelaki bawah 12 tahun:

Khunjan Nawakarn (Thailand) mn Pawat Sornlaksup (Thailand) 6-1, 6-1. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain