suria

Tevez Mula Turun Berlatih

PENYERANG Manchester City, Carlos Tevez kembali turun bersama pasukannya menjalani latihan di Carrington selepas permohonan untuk kembali ke negaranya ditolak.

Selepas empat hari berehat di Tenerife, Tevez mula turun padang selepas dia tidak beraksi menentang West Ham minggu lalu kerana digantung gara-gara mendapat kad merah.

Permohonan bertulis Tevez untuk kembali ke negara asalnya ditolak kelab itu menyebabkan dia terpaksa meneruskan aksi bersama Man City dalam persiapan menjelang perlawanan Liga Europa menentang Juventus, walaupun dia dilihat tidak akan mengikuti rombongan ke Turin.

Pengurus kelab, Roberto Mancini sehingga kini belum membuat keputusan barisan utamanya kerana perlawanan ini merupakan aksi sukar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain