Skuad Tenpin Boling Sumbang Satu Pingat Perak Dan Dua Gangsa - Sukan | mStar

Skuad Tenpin Boling Sumbang Satu Pingat Perak Dan Dua Gangsa

GUANGZHOU: Skuad tenpin boling paralimpik negara tetap bersemangat untuk meneruskan misi memburu pingat emas selepas meraih satu perak dan dua gangsa pada hari pertama bagi acara itu di Sukan Para Asia yang berlangsung di Pusat Bowling Tianhe di sini, Selasa.

Atlet paralimpik negara Soo Choo Hung yang bertanding untuk kategori individu lelaki TPB3 menyumbang pingat perak setelah berjaya melakukan 1,166 jatuhan pin.

Pingat gangsa turut menjadi milik atlet paralimpik negara apabila Muhamad Suhaili berjaya melakukan 1,116 jatuhan pin dan emas pula milik atlet paralimpik dari Taiwan, Huang Yu Hsiao dengan 1,224 jatuhan pin.

Soo memberitahu Bernama walaupun gagal meraih pingat emas beliau tetap berpuas hati dengan kejayaan hari ini.

"Apa yang penting bagi saya adalah untuk mencapai sasaran peribadi dan hari ini saya berjaya melakukannya.

"Untuk dapatkan pingat perak saya terpaksa menghadapi saingan hebat dari atlet negara Korea Selatan dan Hong Kong," katanya.

Choo Kam Chan yang mengambil bahagian dalam kategori lelaki individu TPB2 memperolehi pingat gangsa setelah melakukan 1,126 jatuhan pin.

Pingat emas bagi acara tersebut menjadi milik atlet paralimpik dari Hong Kong, Wan Hon Yin dengan 1,292 jatuhan pin, manakala pingat perak pula milik Kim Namhun dari Korea Selatan dengan jatuhan 1,188 pin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Sime Darby FC Janjikan Saingan Sengit

Artikel Berikut

Speed Dilantik Pengurus Baru Wales

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain