Aksi Park selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada saingan menentang Arsenal, Selasa.PARK Ji-Sung membawa pasukannya, Manchester United kembali mengemudi puncak liga apabila menewaskan Arsenal 1-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi Selasa di Old Trafford.Penyerang Korea Selatan itu berjaya mencuri tumpuan selepas menjaringkan gol pada minit ke-41 sebelum separuh masa pertama tamat. Sementara itu, corak permainan The Gunners lebih baik pada separuh masa kedua, namun pertahanan United yang lebih pantas mengeluarkan bola dari kawasan penalti menyukarkan pasukan kendalian Arsene Wenger itu mencari gol sehingga tamat permainan.Kemenangan tipis United ini terus meletakkan pasukan Sir Alex Ferguson ini di puncak liga dengan 34 mata manakala Arsenal di tempat kedua dengan 32 mata.Ini juga menyaksikan United masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 16 perlawanan musim ini dan ia merupakan kekalahan keenam Arsenal sepanjang sembilan kali melawat Old Trafford.Man United: Van der Sar, Rafael Da Silva, Ferdinand, Vidic, Evra, Fletcher, Carrick, Anderson, Nani, Rooney, Park. (Pemain simpanan): Kuszczak, Brown, Berbatov, Giggs, Smalling, Hernandez, ObertanArsenal: Szczesny, Sagna, Squillaci, Koscielny, Clichy, Song, Rosicky, Wilshere, Nasri, Chamakh, Arshavin. (Pemain simpanan): Fabianski, Fabregas, van Persie, Walcott, Denilson, Djourou, Bendtner