suria

Semua Pemain Cergas: Ferguson

SIR Alex Ferguson mengesahkan barisan pemain-pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan menjelang perlawanan bertemu pendahulu liga, Arsenal awal pagi Isnin.

Rio Ferdinand dan Paul Scholes dilihat telah turun bersama-sama menjalani latihan selepas mengalami kecederaan hamstring, manakala Johnny Evans dan Wes Brown telah pulih daripada virus demam.

Perlawanan ini merupakan aksi pertama di luar selepas membelasah Blackburn 7-1 dan mereka dijangka mengukuhkan rekod tanpa kalah menentang The Gunners.

Artikel Lain