suria

Meskipun Masih Tidak Sihat, Sharifah Raudzah Harap Gondol Pingat

GUANGZHOU: Atlet powerlifting negara Sharifah Raudzah Syed Akil walaupun baru pulih dari kecederaan akan tetap melakukan angkatan terbaik untuk negara di Sukan Para Asia di Guangzhou yang bermula esok.

Beliau yang cedera di bahagian bahu ketika melakukan angkatan semasa menjalani latihan pada akhir tahun lepas berkata, misinya di Guangzhou bukan sahaja untuk mengejar pingat tetapi juga untuk memperbaiki pencapaian semasa.

"Jika gagal mungkin saya tidak akan berada dalam skuad powerlifting lagi selepas ini," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Sharifah Raudzah adalah pemenang pingat emas Sukan SEA di Korat, Thailand dua tahun lepas dalam acara 82.50kg wanita dengan membuat angkatan 117.5 kg, dan pemenang pingat gangsa di Kejohanan Powerlifting Antarabangsa di Dubai pada Mac lepas.

Selain daripada Sharifah Raudzah, Malaysia turut menurunkan tiga lagi atlet paralimpik untuk kategori tersebut yang akan memulakan saingan esok iaitu P.Mariapan (kategori 75 kilogram), Siow Lee Chan (67.5kg) dan Mohd Shamil Mohd Saad (90kg). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wenger Balas Kritikan Pedas Evra

Artikel Berikut

Artikel Lain