suria

Pardew Pengurus Baru Newcastle United

ALAN Pardew (gambar) dilantik sebagai pengurus ke-12 Newcastle United dalam tempoh 13 tahun selepas pemecatan Chris Hughton pada Isnin lalu.

Newcastle tidak pernah memenangi sebarang trofi sejak 1969 walaupun dipimpin beberapa pengurus berprofil tinggi termasuk Bobby Robson, Kevin Keegan, Kenny Dalglish, Graeme Souness, Ruud Gullit, Joe Kinnear dan Alan Shearer.

"Ia adalah kelab besar dan saya amat berbangga berada di sini," kata Pardew pada sidang media.

Hughton hanya mampu bertahan selama 14 bulan selepas dilantik sebagai pengurus sepenuh masa pada Oktober 2009.

Dia mengemudi Newcastle kembali mendapat tempat ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memulakan kempen cemerlang pada kempen awal musim.

Pemecatannya ternyata menimbulkan kejutan dan mengecewakan kebanyakan peminat setia kelab itu.

"Tidak dinafikan ramai peminat dan pemain amat menghormati Chris Hughton. Saya percaya peminat begitu kecewa. Melihat kepada rekod pengurusan terdahulu ia tidak seperti dirancang tetapi saya akan cuba menangani masalah di St. James' Park.

Pardew, bekas pemain tengah Crystal Palace dan Charlton Athletic pernah menempa nama sebagai pengurus Reading yang dipromosikan ke liga divisyen satu.

Artikel Sebelum

Wenger Balas Kritikan Pedas Evra

Artikel Berikut

Arsenal Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Artikel Lain