suria

Liga Juara Eropah: 16 Pasukan Isi Slot Ke Pusingan Kalah Mati

SELESAI perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi menyaksikan 16 pasukan terhebat berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati dalam usaha merebut trofi terulung bola sepak dunia itu.

Bagaimanapun, wujud beberapa keputusan di luar jangkaan yang dicatatkan beberapa pasukan terkemuka dunia seperti Chelsea, AC Milan dan Inter Milan.

Kredibiliti beberapa pasukan itu yang mara ke kelompok 16 terakhir sedikit terjejas ekoran kekalahan mengejut pada perlawanan akhir.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Chelsea, bekas juara Liga Juara-juara Eropah musim 2006/2007, AC Milan dan juara Serie A musim 2009/2010, Inter Milan tewas di tangan lawan masing-masing.

Sementara itu, pada pertemuan terdahulu, Manchester United ketinggalan di belakang Valencia sebelum Anderson berjaya mengikat kedudukan 1-1.

Tottenham Hotspur turut terikat seri 3-3 dengan Twente. Juara La Liga musim lalu, Barcelona meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Rubin Kazan 2-0.

Pada pertemuan awal pagi tadi Real Madrid menang besar ke atas AJ Auxerre (4-0) manakala Bayern Munich menundukkan FC Basel 3-0.

Cabutan undian untuk pertemuan kalah mati pusingan pertama akan diadakan pada 17 Disember ini.

SENARAI 16 PASUKAN YANG MARA:

Tottenham Hotspur

Inter Milan

Schalke 04

Olympique Lyon

Manchester United

Valencia

Barcelona

FC Copenhagen

Bayern Munich

AS Roma

Chelsea

Olympique Marseille

Real Madrid

AC Milan

Shakhtar Donetsk

Arsenal

Artikel Sebelum

Wenger Balas Kritikan Pedas Evra

Artikel Berikut

Arsenal Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Artikel Lain