suria

United Kekal Terajui Kumplan C

PASUKAN Manchester United dan Valencia masing-masing mempamerkan aksi berhati-hati dengan meraiha keputusan seri 1-1 pada saingan Liga Juara-Juara (CL) bagi Kumpulan C di Old Trafford awal pagi Rabu sekaligus mampu menghindari daripada bertemu dengan Barcelona atau Real Madrid pada saingan kedua nanti.

United masih mengetuai kumpulan dengan 14 mata, mengekal rekod bersih tanpa kalah dalam enam perlawanan walaupun pada pihak lawan mendahului jaringan melalui Pablo Hernandez (minit ke-32) gara-gara kesilapan pemain pertahanan United, Michael Carrick.

Namun pada separuh masa kedua, minit ke-62, Anderson bijak menggunakan peluang yang ada dengan menjaringkan gol penyamaan. Keputusan seri kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan pasukan Tottenham Hotspur mengukuhkan kedudukan bagi Kumpulan A selepas turut mengikat FC Twente di Stadium De Grolsch Veste, manakala Barcelona mengetepikan Rubin Kazan 2-0 di Nou Camp bagi sekali gus mengharapkan mara ke pusingan kalah mati selepas ini.

Artikel Lain