suria

Skuad Wenger Perlukan Tuah

PASUKAN Arsenal mengharapkan untuk menang pada perlawanan akhir peringkat kumpulan perlawanan Liga Juara-Juara (CL) menentang Partizan Belgrade awal pagi Khamis di Stadium Emirates.

Kemenangan ini amat penting bagi anak buah Arsene Wenger ini bagi memastikan berada dalam kelompok 16 pasukan untuk mengharungi saingan kalah mati.

Keputusan rasmi 16 pasukan yang layak beraksi pada pusingan kalah mati ini bakal terjawab selepas empat kumpulan (Kum E-F) akan memulakan aksi malam ini dan awal pagi esok.

The Gunners kini menduduki tangga kedua kumpulan, berkongsi mata dengan pasukan Sporting Braga. Manakala hanya perbezaan tiga mata dengan pendahulu kumpulan, Shaktar Donetsk dan pastinya saingan kumpulan ini masih terbuka untuk mengutip tiga mata penuh.

Pun begitu Shaktar Donetsk akan mengekal keselesaan mereka sekiranya meraih seri menentang Braga nanti, manakala pasukan lain perlu lebih bekerja keras untuk merebut tempat kedua terbaik kumpulan.

Selain itu, Arsenal juga bakal menghadapi perlawanan sengit dengan Manchester united pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Isnin ini.

Artikel Lain