suria

Liverpool Gah Atasi Villa

Rodriguez (kiri) meraikan gol ketiga Liverpool bersama rakan sepasukannya.
Rodriguez (kiri) meraikan gol ketiga Liverpool bersama rakan sepasukannya.
Rodriguez (kiri) meraikan gol ketiga Liverpool bersama rakan sepasukannya.

KEHADIRAN Gerard Houllier ke Anfield tidak seperti dirancang apabila pasukannya, Aston Villa tewas 0-3 kepada Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Penyerang Liverpool, Fernando Torres tidak beraksi pada perlawanan itu selepas isterinya selamat melahirkan bayi kedua mereka, awal pagi Selasa.

Namun David N'gog dan Ryan Babel memecah kebuntuan apabila masing-masing menjaringkan satu gol pada babak pertama.

Maxi Rodriquez melengkapkan gol ketiga sepuluh minit selepas separuh masa kedua bermula untuk meletakkan The Reds di tempat kelapan.

Kekalahan itu menyebabkan Villa menduduki tempat ke-17, kelebihan dua mata daripada pasukan yang berada di kedudukan tercorot liga.

Benteng pertahanan Villa kelihatan rapuh sebaik perlawanan bermula dan gawang mereka nyaris dibolosi Dirk Kuyt sebelum percubaannya tersasar.

Liverpool memanfaatkan kelemahan Villa apabila mendahului seawal minit ke-14. Pemain pertahanan Martin Skrtel menanduk bola ke arah N'Gog yang pantas melepasi kawalan Brad Friedel.

Ia adalah gol kelapan N'Gog dan pertama dalam 13 perlawanan.

Liverpool beraksi cemerlang tanpa kelibat Torres, Steven Gerrard dan Jamie Carragher.

Namun Villa yang hilang tonggak utama, Ashley Young kerana masih digantung perlawanan dan John Carew diturunkan dari bangku simpanan bergelut untuk membolosi kubu lawan dengan menaruh kepercayaan terhadap Gabriel Agbonlahor.

Artikel Sebelum

Artikel Lain