Ainslie Rangkul Gelaran Berganda Buat Kali Pertama - Sukan | mStar

Ainslie Rangkul Gelaran Berganda Buat Kali Pertama

KUALA TERENGGANU: Juragan pasukan TEAMORIGIN, Ben Ainslie, merangkul gelaran juara berganda apabila menjuarai Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2010 dan juga kejuaraan dunia di Pulau Duyong, di sini, Ahad.

Pelayar Britain berusia 33 tahun itu juga dinobatkan sebagai juara Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) ISAF buat kali pertama dengan mengumpul 118 mata selepas mengharungi sembilan sirkit jelajah dunia musim ini.

Piala Monsun merupakan sirkit terakhir dalam Jelajah WMRT ISAF.

Ainslie muncul juara Piala Monsun edisi keenam buat julung kali selepas menewaskan juragan pasukan Mirsky Racing Team, Torvar Mirsky, 3-2 dalam perlawanan akhir.

Selaku juara Piala Monsun, Ainslie membawa pulang wang tunai RM310,000 serta trofi dan turut memperoleh wang tunai US$50,000 (RM157,050) dan Piala WMRT ISAF sebagai juara dunia.

Mirsky, dari Australia, pula mendapat hadiah wang tunai RM215,000 manakala juragan Denmark, Jesper Radich dari pasukan Gaastra Racing Team, yang menduduki tempat ketiga, membawa pulang RM155,000.

Tempat keempat pula disandang oleh Bjorn Hansen dari pasukan Hansen Global team dan membawa pulang RM140,000.

Ian Williams (Team GAC Pindar) menduduki tempat kelima dengan membawa pulang RM125,000 manakala pelayar Itali, Francesco Bruni (Team Azzurra)di tempat keenam.

Datuk Peter Gilmour (YANMAR Racing) hanya mampu menduduki tempat ketujuh sementara peserta tunggal tempatan, Jeremy Koo dan krew Koo Racing Team-Evernew membawa pulang hadiah RM50,000 selepas tercorot di tempat ke-12.

Kejohanan tahunan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1.5 juta dan hadiah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Trengganu, Datuk Mazlan Ngah.

Sementara itu, juragan Perancis, Mathieu Richard (French Match Racing) menduduki tempat kedua WMRT ISAF dengan 111 mata serta menerima hadiah wang tunai US$40,000 (RM125,640) dan Mirsky pula di tempat ketiga selepas mengumpul 106 mata.

Mirsky memperoleh US$35,000 (RM109,935).

KEPUTUSAN AKHIR PIALA MONSUN 2010:

1. Ben Ainslie (TEAMORIGIN)

2. Torvar Mirsky (Mirsky Racing Team)

3. Jesper Radich (Gaastra Racing Team)

4. Bjorn Hansen (Hansen Global Team)

5. Ian Williams (Team GAC Pindar)

6. Francesco Bruni (Team Azzurra)

7. Peter Gilmour (YANMAR Racing)

8. Mathieu Richard (French Match Racing)

9. Adam Minoprio (ETNZ/Black Match Racing)

10. Phil Robertson (Waka Racing Team)

11. Keith Swinston (Black Swan Racing

12. Jeremy Koo (Koo Racing Team-Evernew).

KEDUDUKAN AKHIR WMRT ISAF 2010:

1. Ben Ainslie (GBR) - 118 mata

2. Mathieu Richard (FRA) - 111

3. Torvar Mirsky (AUS) - 106

4. Adam Minoprio (NZL) - 90

5. Ian Williams (GBR) - 87

6. Jesper Radich (DEN) - 82

7. Francesco Bruni (ITA) - 65

8. Peter Gilmour (AUS) - 60

9. Bjorn Hansen (SWE) - 45

10. Magnus Holmberg (SWE) - 29

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain