suria

Redknapp Dijangka Ganti Capello

Redknapp dijangka bakal menggantikan Capello untuk mengemudikan pasukan England.
Redknapp dijangka bakal menggantikan Capello untuk mengemudikan pasukan England.
Redknapp dijangka bakal menggantikan Capello untuk mengemudikan pasukan England.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak England (FA), Alex Horne berkata, pasukan England bakal diterajui jurulatih baru dengan calon utamanya adalah pengurus kelab Tottenham Hotspur, Harry Redknapp.

Horne menjangka nama Redknapp disenaraikan manggantikan Fabio Capello memandangkan pihak FA lebih berminat meletakkan jurulatih tempatan mengemudikan pasukan kebangsaan itu pada masa akan datang.

“Harry Redknapp merupakan pengurus yang bagus. Pasukan Spurs telah menunjukkan corak permainan yang berkualiti dalam pada pusingan kalah mati Liga Juara-juara (CL) dan menjadi empat pasukan pilihan pada saingan sengit itu.

“Saya jangkakan Harry disenaraikan untuk jawatan itu,” katanya.

Horne berkata demikian dalam program BBC Radio 5 dan dia menyatakan buat masa sekarang belum ada perbincangan lanjut dalam menggantikan tempat Capello yang berniat meninggalkan England selepas Kejuaraan Eropah 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Lain