suria

Juragan Tempatan Terima Hadiah RM50,000 Selepas Tercorot

KUALA TERENGGANU: Juragan tempatan tunggal Jeremy Khoo mengakhir saingan Piala Monsun 2010 di Pulau Duyong di sini tanpa sebarang kejayaan namun mampu melakarkan senyuman dengan hadiah wang tunai.

Walaupun tercorot di tangga ke-12, Jeremy dan krew pasukan Khoo Racing Team-Evernew membawa pulang hadiah RM50,000.

Juragan tempatan berusia 29 tahun itu, yang tewas dalam kesemua 11 perlumbaan di sini, berkata hadiah wang tunai itu merupakan motivasi terbaik untuk pasukannya.

"Saya memohon maaf kepada semua yang memberi sokongan kepada saya kerana saya gagal menang walaupun satu perlumbaan. Kami memberi psersembahan terbaik dan ia sukar untuk bersaing dengan juragan elit dunia," katanya.

Jeremy, yang beraksi pada Piala Monsun buat kali ketiga, berkata beliau berharap untuk kembali semula tahun depan dan cuba mencapai impiannya untuk memenangi satu atau dua perlumbaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain