suria

Rusia Pertama Kali Sertai Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi

LANGKAWI: Rusia buat pertama kali akan menghantar pemainnya untuk menyertai Kejohanan Tenis Geopark Remaja Antarabangsa Langkawi di Kompleks Sukan Langkawi di sini dari 10 hingga 14 Disember ini.

Pengarah kejohanan, Mohd Edham Mohd Nazri, memberitahu Bernama bahawa tiga pemain lelaki dari negara itu akan bertanding dalam kejohanan kali ke-13 itu.

Rusia adalah antara 12 negara asing yang telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu yang mempertandingkan kategori bawah umur 10, 12, 14 dan 16 tahun perseorangan serta beregu lelaki dan perempuan.

Negara-negara lain ialah Korea Selatan yang menghantar 15 pemain, Afrika Selatan (14), Sri Lanka (5), Singapura (31), Thailand (24), Filipina (5), Kazakhstan (3), Turkmenistan (21), Tajikistan (8), Kyrgizstan (9) dan Uzbekistan (6).

Mohd Edham berkata lebih 100 pemain mewakili negeri dan kelab-kelab tempatan akan turut bertanding pada kejohanan itu yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Tenis Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Persatuan Lawn Tenis Kedah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain