Piala Suzuki: Malaysia Tewas Kepada Indonesia - Sukan | mStar

Piala Suzuki: Malaysia Tewas Kepada Indonesia

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara memulakan kempen Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asian (AFF) 2010 di Jakarta, Indonesia dengan langkah kiri apabila gagal menyekat barisan penyerang pasukan Indonesia dalam saingan kumpulan A dengan kecundang 5-1 di Stadium Gelora Bung Karno malam Selasa.

Beraksi di hadapan peminat tuan rumah, Malaysia terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi hantaran lintang daripada Mohd Safee Mohd Sali dalam kotak 'D' ke penerima Anugerah Pemain Berharga 100Plus-FAM 2010 baru-baru ini, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-17.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Indonesia menggandakan asakan bertali arus ke gawang Malaysia yang dijaga oleh Mohd Sharbinee Allawee Ramli hingga bocor pada minit ke-21 apabila terkena lutut Mohd Asraruddin Putra Omar ke dalam pintu gol sendiri.

Indonesia terus mengasak pintu gol negara dan memperoleh gol kedua menerusi jaringan Cristian Gonzales pada minit ke-32 akibat kelonggaran barisan pertahanan negara.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan negara bermain dengan corak permainan yang lebih agresif namun Indonesia lebih bertuah dengan kehadiran gol ketiga pada minit ke-51 oleh Muhammad Ridwan yang juga disebabkan oleh kealpaan pertahanan negara.

Pertahanan negara sekali lagi dihukum apabila Arif Suyono menjaringkan gol pada minit ke-75.

Malaysia yang kelihatan tertekan dengan kedudukan 4-1 melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan namun gagal untuk membolosi kubu Indonesia.

Indonesia terus melebarkan jurang dan menjaringkan gol kelima pada masa kecederaan oleh Irfan Haarys Bachdim sebelum wisel penamat ditiup.

Saingan seterusnya, Malaysia dijadual bertemu Thailand pada Sabtu ini dan Laos Rabu ini.

Saingan pertama dalam kumpulan A tadi, naib juara edisi lepas, Thailand sekadar terikat seri 2-2 dengan Laos di stadium yang sama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor