suria

Spurs Mara Ke Tangga Kelima Liga

TOTTENHAM Hotspur mara selangkah ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya membenam Liverpool 2-1 pada perlawawanan di White Hart Lane, awal pagi Isnin.

Jaringan awal perlawanan hadir pada minit ke-42 dilakukan oleh Martin Skrtel setelah mendapat sepakan percuma di kawasan lawan sekaligus ia menjadikan gol keduanya musim ini.

Sementara itu pada babak kedua, Spurs kembali bangkit menyerang sehingga minit-65, nama Skrtel menjadi sebutan kerana kesilapan menjaringkan gol sendiri.

Pemain sayap Spurs, Aaron Lennon melengkapkan kemenangan pasukannya apabila menjaringkan gol pada masa tambahan sekali gus memberi mata penuh kepada pasukan kendalian Harry Redknapp ini.

TOTTENHAM: Gomes, Hutton, Kaboul, Gallas, Assou-Ekotto, Lennon, Palacios, Modric, Bale, Van der Vaart, Crouch. (Pemain simpanan): Cudicini, Pavlyuchenko, Defoe, Bassong, Kranjcar, Corluka, Sandro

LIVERPOOL: Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Konchesky, Kuyt, Meireles, Lucas, Maxi, Torres, Ngog. (Pemain simpanan): Jones, Aurelio, Jovanovic, Kyrgiakos, Babel, Poulsen, Shelvey.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chelsea Sekadar Kutip Seri

Artikel Lain