suria

Pasukan Selangor Kuasai LFK 2010

Pasukan lelaki dan wanita Selangor gembira selepas bergelar juara LFK 2010, Ahad.
Pasukan lelaki dan wanita Selangor gembira selepas bergelar juara LFK 2010, Ahad.
Pasukan lelaki dan wanita Selangor gembira selepas bergelar juara LFK 2010, Ahad.

SHAH ALAM: Pasukan futsal lelaki dan wanita mendominasi Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2010 apabila kedua pasukan itu dinobatkan sebagai juara pada perlawanan akhir yang berlangsung di Komplek Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, Ahad.

Skuad wanita Selangor sekali lagi turun beraksi menentang pasukan sama yang dikalahkan pada final tahun lalu, berjaya mempertahankan kejuaraan dua kali berturut-turut apabila menang 2-1 ke atas PDRM.

Pada perlawanan itu, kedua pasukan mempamerkan rentak permainan lebih berhati-hati biarpun terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Babak kedua lebih sengit apabila skuad bimbingan Siti Suhaila Mohd Johani ini bangkit dengan corak permainan lebih pantas sehingga berjaya memperolehi gol kemenangan melalui jaringan Nurul Aisyah Mohd Noor.

Kemenangan tipis ini sekali lagi menghampakan impian PDRM yang cuba meraih kejuaraan kejohanan edisi ketiga kali tahun ini.

Sementara itu, perlawanan akhir bagi kategori lelaki antara Selangor dan Johor FC lebih sengit dan mendebarkan sepanjang aksi 40 minit permainan.

Penjaga gol Johor FC, Mohamad Faris Ahmad beraksi cemerlang biarpun diserang bertubi-tubi dan sehingga tamat permainan, kedua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.

Permainan terpaksa diheret ke sepakan penalti dan menyaksikan Selangor menang 3-2 ke atas Johor FC.

Dengan kemenangan ini, pasukan juara lelaki dan wanita masing-masing membawa balik wang tunai berjumlah RM40,000 bersama piala pusingan.

Senarai penuh pemenang LFK 2010:

Juara pasukan wanita: Selangor

Naib juara pasukan wanita: PDRM

Juara pasukan lelaki: Selangor

Naib juara pasukan lelaki: Johor FC

Pemain Terbaik Lelaki: Mohd Azreen mohd Ali

Pemain Terbaik wanita : Nurul Aisyah Mohd Nor

Penjaga Gol Terbaik: Mohamad Faris Ahmad

Penjaring Gol Terbanyak: Angela Kais (18 gol)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chelsea Sekadar Kutip Seri

Artikel Lain