suria

Pandelela Rinong Hadapi SPM Esok

SEPANG: Atlet terjun negara, Pandelela Rinong bakal menghadapi satu lagi tugas berat selepas berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Gadis berketurunan Bidayuh itu akan menduduki peperiksaan kertas pendidikan moral, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Sukan Bukit Jalil esok setelah mendapat kebenaran khas daripada pihak sekolah.

Pandelela berkata beliau mengambil keputusaan untuk tidak menangguhkan untuk menduduki SPM kerana telah melakukan persedian awal sebelum berangkat ke Guangzhou lagi.

"Saya berterima kasih kepada sekolah kerana memberi kelonggaran untuk saya lewat menduduki SPM dan saya akan cuba jawab dengan baik," katanya, Ahad.

Beliau berkata walaupun sibuk dengan sukan, ia tidak menjadi penghalang untuknya belajar seperti orang lain.

"Bagi saya sukan dan pelajaran adalah penting," katanya.

Pandelela berjaya meraih pingat gangsa di Guangzhou menerusi acara 10 meter platform wanita.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain