suria

Moyes Intai Khidmat Beckham Secara Pinjaman

EVERTON mengemukakan tawaran kepada David Beckham (gambar) untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana Pengurus David Moyes mengintai peluang untuk membawa masuk bekas kapten England itu.

Bekcham semakin hampir untuk mengakhiri kariernya tetapi Moyes masih percaya pemain berusia 35 tahun itu boleh memperkuat Everton scara pinjaman dari LA Galaxy.

"Saya berharap andai David Beckham bersetuju dengan tawaran kami, dia seharusnya menghubungi saya.

"Saya pernah bermain dalam satu pasukan dengan David di Preston. Saya mengenali beliau dan berharap agar dia dapat menyertai kami," kata Moyes.

Moyes melakukan perpindahan secara pinjaman terhadap Landon Donovan musim lalu dan berhasrat untuk membawa masuk semula pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu kembali ke Goodison Park.

"Saya tiada menerima sebarang jawapan daripada Landon. Saya percaya dia akan memberi keputusan pada hujung Disember ini," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain