suria

Lindegaard Kini Milik Red Devils

MANCHESTER United mengesahkan bahawa mereka berjaya menyempurnakan perpindahan penjaga gol Denmark, Anders Lindegaard.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu bersetuju menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah dengan yuran perpindahan tidak didedahkan tetapi dipercayai bernilai sekitar 3.5 juta pound (RM17.2 juta).

Lindegaard tidak dibenarkan beraksi bersama United sehingga pintu perpindahan pemain dibuka semula awal tahun depan, lapor Red Devils dalam laman web mereka.

United sentiasa mencari pengganti penjaga gol Belanda, Edwin van der Sar, 40, dan Pengurus Sir Alex Ferguson berkata, kelab itu berjaya membawa masuk pemain yang mampu menyinar.

"Lindegaard adalah seorang penjaga gol yang memiliki masa depan cerah. Cabaran di United sentiasa inginkan setiap pemainnya berpandangan ke hadapan. Kami percaya dia akan membuktikan kemampuannya bersama kelab ini," jelas Ferguson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain