suria

Tiada Niat Sertai City:Rooney

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney (gambar) mendedahkan beliau tiada niat untuk menyertai Manchester City andai dia meninggalkan Old Trafford sebelum memperbaharui kontraknya.

"Ramai beranggapan saya akan menyertai Manchester City. Percayalah, saya tidak akan berbuat demikian dan lebih berminat memperkuat kelab lain di England," katanya dalam laman web United.

Menurut Rooney, dia berhasrat meninggalkan United kerana kelab itu kekurangan suntikan kewangan untuk membawa masuk pemain terkemuka dunia.

Namun, beliau bertukar fikiran dan menandatangani kontrak lumayan selama lima tahun.

Rooney berpendapat, dia akan melakukan kesilapan besar jika meninggalkan Red Devils selepas membantu pasukan itu menjaringkan gol kemenangan ke atas Rangers dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

"Sudah semestinya ia adalah kesilapan besar. Saya melihat ramai pemain meninggalkan kelab ini gagal mengekalkan rentak cemerlang. Saya begitu komited terhadap United," jelasnya.

Penyerang berusia 25 tahun itu meminta maaf kepada peminat United ketika melakukan penampilan pertama menentang Wigan Athletic, Sabtu lalu di atas tindakannya mengancam enggan memperbaharui kontraknya.

Artikel Lain