Pakistan Sekat Usaha Malaysia Sapu Bersih Pingat Emas Acara Skuasy - Sukan | mStar

Pakistan Sekat Usaha Malaysia Sapu Bersih Pingat Emas Acara Skuasy

GUANGZHOU: Pakistan menafikan usaha Malaysia menyapu bersih semua pingat emas dalam acara skuasy pada Sukan Asia ke-16 di sini apabila memenangi emas acara berpasukan lelaki, Khamis.

Pakistan menumpaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan akhir di Gimnasium Bandar Sukan Asia di sini setelah Farhan Mehboob menewaskan Ong Beng Hee 11-4, 11-4, 11-7 dalam masa 23 minit.

Pemain muda Aamir Atlas Khan, 20, melakukan kejutan apabila menundukkan pemenang emas perseorangan Mohd Azlan Iskandar 14-12, 15-13, 11-4 dalam masa 42 minit untuk mengesahkan pingat emas kedua Pakistan.

"Malangnya, kami terlepas pingat emas apabila sudah menghampirinya. Kami harap sekiranya Azlan menang, kami yakin Mohd Nafiizwan Mohd Adnan boleh menewaskan pemain nombor tiga Pakistan.

"Saya turun hari ini atas alasan teknikal. Saya mengalami keracunan makanan sejak beberapa hari lalu dan sebab itu saya tidak turun semasa menentang India dalam perlawanan kumpulan dan Hong Kong pada saingan separuh akhir," kata Beng Hee, selaku ketua pasukan.

Mohd Azlan berkata beliau berasa amat kecewa kerana gagal membantu menyumbang pingat emas untuk negara.

"Tiada apa-apa yang boleh saya katakan masa ini. Saya tahu saya perlu memang supaya mencerahkan peluang emas tetapi Aamir memberi persembahan baik sekali," katanya.

India dan Hong Kong masing-masing memperoleh pingat gangsa selepas tewas dalam separuh akhir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Malaysia Tewas Kepada Pakistan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain