suria

Ognenovski, Kathryn Dinobatkan Pemain Terbaik AFC 2010

Sasa Ognenovski (kanan) dan Kathryn Anne Gill dari Australia dipilih sebagai Pemain Terbaik AFC 2010. Foto: AP Photo/Lai Seng Sin
Sasa Ognenovski (kanan) dan Kathryn  Anne Gill dari Australia dipilih sebagai Pemain Terbaik AFC 2010. Foto: AP Photo/Lai Seng Sin
Sasa Ognenovski (kanan) dan Kathryn Anne Gill dari Australia dipilih sebagai Pemain Terbaik AFC 2010. Foto: AP Photo/Lai Seng Sin

PETALING JAYA: Pemain kebangsaan Australia, Sasa Ognenovski dipilih sebagai Pemain Terbaik Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2010 sekaligus menyingkirkan empat calon lain pada pada Majlis Anugerah AFC, malam Rabu.

Turut tersenarai dalam anugerah berprestij Asia ini ialah Farhad Majidi (Iran/ Kelab Esteghlal, Iran), Farshid Talebi (Iran/ Kelab Zob Ahan), Bader Al Mutawa (Kuwait/Al Qadsia, Kuwait) dan Husain Salman (Bahrain/ Kelab Al Riffa)

“Saya berterima kasih kepada semua yang telah banyak membantu saya selama ini terutamanya keluarga saya.

"Walaupun ia sangat bermakna bagi diri saya, namun ia bukanlah hari baik bagi kelab saya (Seongnam Ilhwa Chunma, Republik Korea) kerana kami telah gagal melayakkan diri ke Liga Juara AFC. Kami akan berusaha dan bermain lebih baik pada tahun depan,” katanya.

Kelab Ognenovksi, gagal menyekat kemaraan pasukan Jeonbuk Motors pada kelayakan Liga K sebelum ini.

Bagi Pemain Terbaik Wanita AFC 2010, nama Australia sekali lagi menjadi sebutan apabila pemain tinggi lampai, Kathryn Anne Gill dipilih selaku pemain terbaik dengan mengetepikan dua musuh terdekat, Jo Yun-Mi (DPR Korea) dan Nomare Sawa dari Jepun.

“Anugerah ini sangat penting bagi saya kerana ia bukanlah mudah untuk memilikinya, lebih-lebih lagi setiap perlawanan bukanlah mudah dan saya gembira kerana ramai yang memberi sokongan kepada pasukan saya,” katanya.

Artikel Sebelum

Yamini Sekadar Raih Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain