suria

Kejohanan Piala Monsun Dijangka Tarik Lebih Ramai Penonton Tahun Ini

KUALA TERENGGANU: Seramai 150,000 penonton dijangka berkunjung ke Terengganu untuk menyaksikan kejohanan kapal layar Piala Monsun yang akan berlangsung selama enam hari bermula 30 November ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan berkata kejohanan kapal layar berprestij itu tahun lalu menarik kira-kira 100,000 pengunjung ke Pulau Duyong yang merupakan lokasi acara itu.

"Dengan adanya acara sokongan seperti sukan rakyat, acara perlumbaan perahu panjang dan kayak, kita jangkakan pengunjung akan bertambah tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pulau Duyong, Rabu.

Salim berkata dengan promosi berterusan yang dibuat oleh penganjur, jumlah penonton menerusi televisyen juga dijangka bertambah.

"Kejohanan itu akan turut disiarkan di 183 negara," katanya.

Sebanyak 12 buah pasukan ternama dari seluruh dunia akan menyertai kejohanan Piala Monsun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Yamini Sekadar Raih Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain