suria

Barcelona Kuasai Tempat Teratas Kumpulan D

Messi menjaringkan gol kedua Barcelona.
Messi menjaringkan gol kedua Barcelona.
Messi menjaringkan gol kedua Barcelona.

GOL dari Lionel Messi dan Pedro membantu Barcelona melangkah ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Panthinaikos 3-0 dalam pertemuan Kumpulan D.

Jaringan cantik Messi pada minit ke-62 merupakan gol ke-150nya bersama Barca pada usia 23 tahun sekali gus menambah gol pembukaan yang dilakukan Pedro seawal minit ke-27.

Pemain sayap Sepanyol itu menjaringkan gol ketiga kelab Catalan berkenaan pada minit ke-69 sekali gus menyaksikan Barcelona menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Barcelona tampil cemerlang pada setiap posisi di mana Daniel Alves terlibat mencipta ruang dalam tiga gol yang dilakukan rakannya manakala Adriano melakukan serangan dan mengawal ketat benteng pertahanan pasukan lawan.

Kemenangan itu membantu skuad kendalian pengurus Josep Guardiola untuk menamatkan saingan di kedudukan teratas manakala Panthinaikos gagal menduduki tempat ketiga selepas Rubin Kazan berkelebihan empat mata.

Selepas perlawanan ditangguhkan seketika, Barca mengambil masa selama 25 minit untuk menemui rentak permainan.

Victor Valdes berjaya menyekat percubaan mengejut Djibril Cisse selepas Gerard Pique gagal mengekang kemaraan penyerang kelab dari Greek itu.

BARISAN PEMAIN

Panathinaikos: Tzorvas, Vyntra, Boumsong, Kante, Spyropoulos, Katsouranis, Silva, Marinos, Luis Garcia, Christodoulopoulos, Cisse.

Barcelona: Valdes, Dani Alves, Pique, Puyol, Adriano Correia, Xavi, Mascherano, Iniesta, Pedro, Messi, Villa.

Artikel Sebelum

Yamini Sekadar Raih Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain