suria

Man City Tundukkan Fulham 4-1

PASUKAN Manchester City kembali menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Fulham, 4-1 pada perlawanan di Craven Cottage, awal pagi Isnin.

Impian untuk melihat Man City tewas gagal dilaksanakan oleh anak buah Mark Hughes selepas kelab itu memecatnya sebelum ini, dikejutkan dengan tiga gol pada separuh masa pertama oleh Carlos Tevez (minit ke-6), Pablo Zabaleta (m-32) dan Yaya Toure (m-35).

Tevez sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-56 sebelum pemain gantian tuan rumah, Zoltan Gera menjaringkan gol tunggal pasukannya.

Kekalahan ini sekaligus mengingatkan Fulham bakal hampir dengan kedudukan bahaya dan hanya perbezaan gol memisahkan dengan pasukan ketiga dari bawah, Wigan.

Sementara itu, aksi Tevez yang menjaringkan dua gol sekaligus mengumpul lapan gol pada musim ini turut disaksikan bekas jurulatih antarabangsanya, Diego Maradona pada perlawanan itu.

Kemenangan ini juga menjadikan Man City hanya ketinggalan tiga mata dibelakang pendahulu liga Chelsea yang kini berkongsi mata dengan Manchester United dengan 28 mata.

FULHAM: Schwarzer, Baird, Hangeland, Hughes, Salcido, Davies, Murphy, Etuhu, Duff, Dempsey, Andrew Johnson. (Pemain simpanan): Stockdale, Kelly, Pantsil, Gera, Kamara, Dikgacoi, Greening

MAN CITY: Hart, Zabaleta, Toure, Kompany, Kolarov, Toure Yaya, De Jong, Barry, Jo, Tevez, Silva. (Pemain simpanan): Given, Milner, Wright-Phillips, Adebayor, Adam Johnson, Vieira, Boyata.

Artikel Sebelum

Sunderland, Everton Seri 2-2

Artikel Lain