suria

Sukan Asia: Kabaddi Harap Raih Satu Pingat

KUALA LUMPUR: Pasukan Kabaddi Malaysia berlepas ke Ghuangzhou, China untuk menyertai acara Kabaddi pada Sukan Asia, Ahad.

Pengurus pasukan D.Ravindran dan jurulatih M.Palaniandy mengetuai pasukan lelaki dan wanita dengan setiap pasukan terdiri daripada 10 pemain.

Ravindran berkata pasukan itu menjalani sesi latihan selama sebulan di India sebelum temasya itu berlangsung dan mengadakan pertandingan persahabatan dengan pasukan India bagi menguji kemahiran mereka.

Latihan di India ditaja Majlis Sukan Negara dengan Pihak Berkuasa Sukan India (SAI), Persekutuan Kabaddi Amatur India (AKFI), dan Persatuan Kabbadi Tamil Nadu membantu dalam persediaan pasukan.

Ravindran yang juga Setiausaha Persatuan Kabaddi Malaysia berkata pasukan itu akan melakukan yang terbaik dan berharap dapat meraih satu pingat.

Di Guangzhou, pertandingan kabaddi akan bermula dari 22-26 Nov di stadium Nansha yang boleh memuatkan 8,000 penonton. Pada masa ini stadium itu sedang digunakan bagi acara wushu.

Pasukan lelaki: Jeevan Raman, Mohanatas Balakrishnan, Gabrial Johnson, Jagankumar Balaraman, Thiyagu Thangavelu, Rubesh Manoharan, Jeeva Muthusamy, R.Jaya Prakash Narain, Pokuneswaran Manium, dan Jaya Prakash Panneer Selvam.

Pasukan wanita: Balajothi Gunasekaran, Saraswathy Krishnan, Sobana Sathasivam, Thurgaini Ragagopal, Thibahtarushini Arumugam, Ellamal Ravichandran, Seetha Devy Ravindran, Ruth Brightee anak Kremilin, Punittha Subramaniam dan Haslinda Misrawi.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain